Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin
Ham bin Nuh (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) atau
juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). adalah salah
satu seorang Raja yang
memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran "a mighty
hunter" yang bermaksud "pemburu yang hebat" atau "pemburu
yang perkasa", kerana kebijakannya dalam berburu. Selain itu beliau diberi
gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa
Matahari.
Namrud sendiri merupakan kata
jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak". Namanya tercatat dalamTaurat, Injil dan
kisah-kisah Islam.
Pada zamannya, Namrud merupakan
seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong
dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau
sebagai Tuhan dan
usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s
Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik,
semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenith dimana
ia menerangi seluruh alam semesta. Selepas terbangun Raja Namrudpun memanggil
penasihatnya dan menceritakan mimpinya tersebut. Penasihat itu memberitahu
beliau bahawa terdapat beberapa tafsiran bagi mimpinya itu.
Antara tafsirannya ialah:
·
akan lahir seorang insan dalam masa setahun.
·
insan itu akan dilahirkan di Faddam A'ram.
·
insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala.
·
insan itu akan membuktikan kepalsuan Raja Namrud.
·
insan itu akan menyebarkan agama bahawa tuhan yang esa wujud dan darinya
akan lahir zuriat-zuriat para nabi dan aulia.
·
Nabi terakhir dari zuriat ini akan membawa agama yang ibarat
bintang di zenith iaitu menyinari seluruh alam semesta.
·
akibat insan ini Raja Namrud akan mati secara dasyhat
Menurut cerita yang lain, Namrud
bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan masuk ke biliknya, kemudian
merampas mahkota yang dipakainya, lalu menghancurkannya.
Sebaik mendengar berita ini beliaupun
menjadi gelisah. Beliau sedar bahawa insan ini akan membawa kepada
kejatuhannya. Dengan serta merta Raja Namrud menghantar bala tenteranya ke
Faddam A'ram. Penduduk lelakinya telah dipisahkan dari isteri-isteri mereka.
Wanita-wanita yang mengandung telah
dibunuh. Raja Namrudpun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang
melahirkan anak akan dibunuh
bersama anaknya sekali. Selepas satu tahun beliau mendapat petanda bahawa insan
itu akan dilahirkan. Beliau mengesyaki Azaar iaitu orang yang paling
dipercayainya kerana Azaar pernah dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut.
Walaupun begitu Azaar menafikannya dan isterinya pula tidak menunjukkan
tanda-tanda hamil. Namun, beliau tidak mempercayainya dan menugaskan seorang tentera
untuk menjaga isteri Azaar. Setahun telah berlalu dan tentera Namrud telah
dikeluarkan dari bandar Faddam A'ram.
Raja Namrud menjadi lega kerana
menyangkakan bahawa beliau telah menggagalkan kelahiran insan yang akan
menentangnya itu. Walaupun begitu insan itu telah dilahirkan disebuah gua berhampiran Faddam A'ram.
Semasa insan itu iaitu Nabi Ibrahim a.s. mencapai
dewasa beliau telah menghancurkan beberapa batu berhala. Ini telah
menimbulkan kemarahan rakyat jelata yang menangkap serta membawanya kepada muka
pengadilan iaitu dihadapan Raja Namrud.
Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja
Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merusakkan
tuhan-tuhan kami?"
Dengan tenang dan selamba, Nabi
Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya
itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah
yang menghancurkannya."
Raja Namrudpun terdiam sejenak.
Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak
dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?"
Tibalah masanya yang memang
dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang
terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebatilan persembahan mereka, yang
mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah
warisan nenek-moyang.
Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika
demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat
berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa
manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari
kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan
persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru
yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu
tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu
dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina
dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."
Setelah selesai Nabi Ibrahim
menguraikan pidatonya itu, barulah Raja Namrud sedar bahawa jejaka dihadapannya
ialah insan dalam mimpinya itu. Budak ini bijak berpidato dan mempunyai logik
yang lebih tinggi daripada beliau dan mampu mengugat kepercayaan rakyatnya
terhadap penyembahan berhala. Selain itu, budak ini sangat yakin dengan
wujudnya tuhan yang esa dan tidak percaya dengan berhala. Bahkan budak ini
langsung tidak gentar dengan Raja Namrud dan berani membantahnya. Raja
Namrudpun tahu bahawa beliau mesti membunuh Nabi Ibrahim dengan serta merta.
Lalu beliaupun membuat keputusan
untuk membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya
menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Maka berserulah Raja Namrud
kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah ia dan
belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."
Nabi Ibrahimpun dilemparkan ke dalam
bukit api yang menyala-nyala. Tetapi dengan ajaibnya beliau terselamat. Hanya
tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus,
sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit
pun tersentuh oleh api. Orangramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula
mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud
sendiri iaitu Puteri Razia mengaku di hadapan orangramai bahawa tuhan nabi
Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah menaikkan kemarahan beliau
yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya itu.
Puteri itupun meluru kearah api yang
besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri
Raziapun turut terselamat dari terbakar dan dalam api yang membara itu
kedengaran dia mengucap kalimah syahadah. Tindakan derhaka puterinya menjadikan
hati Raja Namrud semakin membara. Sebaik sahaja puteri Razia keluar dari api
tersebut beliau serta tenteranya telah mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi
peluang kepada Nabi Ibrahim serta adik tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak
saudaranya Nabi Luth a.s. untuk melarikan diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari
Puteri Razia tetapi puteri itu telah hilang. Selepas sekian lama, merekapun
pulang dan mendapati bahawa Nabi Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini,
Raja Namrud kian gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan kekuasaannya.
Oleh itu, beliau berazam pula untuk membunuh Tuhan nabi Ibrahim.
Raja Namrudpun mengumpul bala
tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba
canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu,
Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga
yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis
serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi
kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Beliau
bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk keotaknya.
Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana
otaknya dicucuk oleh nyamuk itu.
Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering
mengunjungi serta memberi dakwah kepada
beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil
orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar
untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa minit kepalanya
dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling
kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian
nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah
kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang
halus.