Monday, 20 July 2015

Tok Janggut


v  TOK   JANGGUT  MENENTANG  BRITISH  DISEBABKAN  CUKAI  DAN  PERATURAN  TANAH  BAHARU  YANG  MEMBEBANKAN

v  PADA TAHUN 1915, TOK JANGGUT  TELAH  MELANCARKAN  SERANGAN  KE  ATAS  PASIR  PUTEH

v  PIHAK  BRITISH  BERTINDAK  MENYERANG  TOK  JANGGUT  YANG  BERKUBU  DI  KAMPUNG  SARING

v  TOK  JANGGUT  TERKORBAN  DALAM  PERTEMPURAN ITU

Dato' Bahaman


v  MENENTANG  BRITISH  DISEBABKAN  KEHILANGAN  HAK  MENGUTIP  CUKAI  DAN  DILUCUTKAN  GELARAN  SEBAGAI  PEMBESAR 

v  PADA  TAHUN  1891 , DATO’  BAHAMAN  MENYERANG  BALAI  POLIS  LUBUK  TERUA  DAN  MENAWAN  KEMBALI LUBUK  TERUA DENGAN  BANTUAN  TOK  GAJAH  DAN  ANAKNYA  MAT  KILAU

v  PADA  TAHUN  1894, DATO ‘ BAHAMAN  MENAWAN  KUALA  TEMBELING  DAN  JERAM  AMPAI. WALAU  BAGAIMANAPUN   BRITISH  TELAH  BERTINDAK  MENAWAN  SEMULA  JERAM  AMPAI

v  DATO ‘ BAHAMAN  TERPAKSA  BERUNDUR  KE  KELANTAN  DAN  MENDAPAT  PERLINDUNGAN DI CHIENGMAI, THAILAND

 

 

 

Yamtuan Antah


v  MENENTANG  BRITISH  KERANA  TIDAK  BERSETUJU  DENGAN  PERJANJIAN  ANTARA  BRITISH  DENGAN  DATO’ KELANA  SUNGAI  UJONG

v  YAMTUAN  ANTAH JUGA  TIDAK BERSETUJU  DENGAN  TINDAKAN BRITISH  MENYOKONG TINDAKAN  DATO’ KELANA  YANG  MENGISYTIHARKAN  TERACHI  SEBAGAI  WILAYAHNYA

v  YAMTUAN  ANTAH  TELAH  MENAWAN   PAROI  DAN  MEMBINA  KUBU  PERTAHANAN

v  PIHAK  BRITISH  MENGALAHKAN  PASUKAN  YAMTUAN  ANTAH

v  YAMTUAN  ANTAH  TERPAKSA  BERUNDUR  BUKIT  PUTUS

v  YAMTUAN  ANTAH  DAN  BRITISH  TELAH  MENGADAKAN   RUNDINGAN  PERDAMAIAN

v  YAMTUAN  ANTAH  TELAH  DIIKTIRAF  SEBAGAI  YAMTUAN  BESAR SERI  MENANTI

Dato' Maharaja Lela


v  MENENTANG  BRITISH  KERANA  BRITISH  MEMPERKENALKAN  SISTEM  CUKAI  BAHARU  DAN  CAMPUR  TANGAN  DALAM  ADAT  RESAM  ORANG  MELAYU

v  SULTAN  ABDULLAH, DATO ‘ MAHARAJA  LELA DAN  PEMBESAR – PEMBESAR  LAIN  TELAH  MENGAMBIL  KEPUTUSAN  UNTUK  MEMBUNUH  J.W.W. BIRCH

v  DATO’ MAHARAJA  LELA  DAN  SEPUTUM  TELAH  MEMBUNUH   J.W.W.  BIRCH

v  DATO ‘ MAHARAJA  LELA  TELAH  DITANGKAP  DAN  DIJATUHKAN  HUKUMAN  GANTUNG  PADA  TAHUN   

1877

 

Sharif Masahor


v  MENENTANG  JAMES BROOKE  YANG  MELUASKAN  KUASA  KE  ATAS  WILAYAH  SARIKEI  DAN  MENGAMBIL  ALIH  KUASA  PENTADBIRAN 

v  PADA  TAHUN  1855, SHARIF  MASAHOR  TELAH  MENYERANG  MUKAH. BELIAU  BERJAYA  MENGUSIR KELUAR  PEMBESAR  TEMPATAN  YANG  MENYOKONG   JAMES  BROOKE

v  SHARIF  MASAHOR  BERSAMA – SAMA  DENGAN DATU PATINGGI  ABDUL  GHAPUR  DAN  TEMENGGUNG  HASHIM  TELAH MENGADAKAN  KERJASAMA UNTUK MENYERANG  KUCHING

v  SHARIF  MASAHOR  TIDAK  DAPAT  MENGALAHKAN  PASUKAN   TENTERA  CHARLES   BROOKE, ANAK  SAUDARA  JAMES  BROOKE  DAN  BERUNDUR  KE  MUKAH

v  PADA  TAHUN  1861,SHARIF  MASAHOR   DITEWASKAN  DAN  DIBUANG  NEGERI  KE  SINGAPURA

v  SETELAH  DIBEBASKAN  , SHARIF  MASAHOR  MENUJU  KE  SELANGOR  UNTUK  MEMBANTU  RAJA  MAHADI  DALAM  PERANG  SAUDARA  YANG  DIKENALI  SEBAGAI  PERANG  KLANG

 

Rentap


 

 

v  MENENTANG  JAMES  BROOKE  KERANA  MENGANGGAP  ORANG  IBAN  SEBAGAI  LANUN  DAN  TELAH  MENGHAPUSKAN PETEMPATAN  MEREKA

v  JAMES  BROOKE  TELAH  MENDIRIKAN  KUBU  DI  NANGA  SKRANG  UNTUK  MENGAWASI  PERGERAKAN  ORANG  IBAN

v  PADA  TAHUN  1853, RENTAP  MENYERANG  KUBU  JAMES  BROOKE  DI  NANGA  SKRANG  DAN  MENCAPAI  KEJAYAAN

v  RENTAP  MEMBINA  KUBU  PERTAHANAN  DI  BUKIT  SADOK  . RAMAI  PAHLAWAN  IBAN  MENYOKONGNYA

v  PERTEMPURAN  YANG  SENGIT  BERLAKU  ANTARA  RENTAP  DAN  JAMES  BROOKE  DI  BUKIT  SADOK 

v  RENTAP  TELAH  BERUNDUR  KE  SUNGAI  ENTABAI  DAN  TIDAK  DAPAT  DIKESAN  SELEPAS  ITU

 

 

 

 

 

Dol Said


 

 

v  MENENTANG  BRITISH  BAGI  MEMPERTAHANKAN  KEDAULATAN  NANING

v  MENENTANG  PELAKSANAAN  UNDANG – UNDANG  BRITISH  DAN  BAYARAN  CUKAI

v  PADA  TAHUN  1831, DOL  SAID  BERJAYA  MENGALAHKAN  BRITISH  DENGAN  MENGGUNAKAN  TAKTIK  PERANG  GERILA  DAN  MENDAPAT  BANTUAN  PEMBESAR  DARI  DAERAH  SERI  MERANTI, SUNGAI UJONG,JOHOL  DAN  MUAR

v  PADA  TAHUN  1832, BRITISH  BERTINDAK  MENAWAN  PUSAT  PENTADBIRAN  NANING DAN  MEMBAKAR  RUMAH  PENDUDUK

v  BRITSH  TERPAKSA  MEMBELANJAKAN  £ 100 RIBU  UNTUK  MENGALAHKAN  DOL  SAID

v  BRITISH  HANYA  DAPAT MENEWASKAN  DOL  SAID  DALAM  SERANGAN YANG  KETIGA

v  PADA  TAHUN  1832, DOL  SAID  TELAH  DITEWASKAN  DAN  TINGGAL  DALAM  BUANGAN DI  MELAKA

 

Kisah Kaum ‘Ad


Kaum `Ad ( Arab: Ø¹Ø§Ø¯ Ê¿ ad) adalah sebuah suku bangsa kuno yang tinggal di daerah Al-Ahqaf di sebelah utara Hadramaut, antara Yaman dan Oman. Mereka hidup pasca banjir besar di masa Nabi Nuh. Kehidupan mereka dikisahkan dalam beberapa ayat Al-Qur'an. Awalnya mereka merupakan sebuah suku yang sejahtera namun menyekutukan Allah dan menentang nabi yang diutus kepada mereka, sehingga kemudian Allah memusnahkan mereka dengan angin badai yang mematikan. Nabi yang telah diutus kepada mereka bernama Hud.

Kisah tentang Kaum 'Ad diceritakan di dalam beberapa tempat dalam Al-Qur'an diantaranya Al-HaaqqahAsy-Syu'araa 'Ghafir: 31 [1]Surah Al-Ahqaf juga Surah Hud pada ayat 50 hingga 60:

(50) Dan kepada kaum 'Ad (Kami utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja. (51) Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan (Nya)? "(52) Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa". (53) Kaum 'Ad berkata: "Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. (54) kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu ". Hud menjawab: "Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan, (55) dari selain-Nya, sebab itu jalankanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. (56) Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus ". (57) Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan) nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. (58) Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan (pula) mereka (di akhirat) dari azab yang berat. (59) Dan itulah (kisah) kaum 'Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mereka menderhaka kepada Rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran). (60) Dan mereka selalu diikuti dengan kutukan di dunia ini dan (begitu pula) di hari kiamat. Ingatlah, sesungguhnya kaum 'Ad itu kafir kepada Tuhan mereka. Ingatlah kebinasaanlah bagi kaum 'Ad (iaitu) kaum Hud itu.

— Terjemahan Surah Hud (11) :50-60 [2]

Menurut Lenormant dan Chevallier dalam bukunya 'Ancient History of the East' disebutkan bahawa mereka telah dibentuk seorang raja dan dari mana asal usul mereka yang diberikan kehidupan selama beberapa abad, kaum Ad diduga berasal dari timur laut. Seorang Raja besar pernah hidup dan membawa pengaruh besar terhadap peradaban terdahulu, dia disebut 'Shedd Ad Ben Ad' atau 'Shed Ad bin Ad'. Dia penduduk pertama negara Arab yang dikenal dengan sebutan 'Adites' berasal dari nenek moyang mereka yang disebut kaum Ad, cucu Ham. Adites mungkin adalah manusia Atlantis atau 'Ad-lantis'. Dia menikahi seribu wanita, mempunyai empat ribu anak dan hidup selama 1200 tahun. Selepas kematiannya, anaknya Shadid dan Shedad memerintah berturut-turut di kerajaan Adites. Pada saat kedua terbitan Ad memimpin seribu suku yang masing-masing terdiri dari beberapa ribu lelaki, maka terjadi penaklukan besar dikaitkan dengan penundukan Shedad. Semua orang-orang Saudi dan Iraq penghijrahan dari Kanaan, mereka berdiri di Syria dan pencerobohan Mesir juga dikaitkan dengan ekspedisi Shedad.

Shedad telah membina istana yang dihiasi dengan kolam yang luar biasa dan dikelilingi oleh taman yang indah, sebuah istana yang disebut Irem. Istana itu dibina Shedad dan disebutkan telah meniru keindahan syurga di langit. Dengan kata lain, seorang Raja besar dan kuat di zaman kuno, memuja matahari, menakluk bangsa dan sebagai bangsa yang pertama kali menyerbu Arab. Mereka adalah bangsa Ad-lantis, dimana Raja-nya cuba untuk membuat sebuah istana dan taman Eden. Adites diingat orang Arab sebagai bangsa besar dan beradab, digambarkan sebagai laki-laki bertubuh raksasa, kekuatan bangsa-nya mampu memindahkan blok besar batu. Bangsa mereka merupakan arkitek dan pembina, mengangkat tugu kuasa, sehingga orang-orang Arab saat ini masih ada yang menyebut sisa runtuhan tapak sebagai 'Bangunan Adites'.

Dalam kiasan Al-Quran, mereka mendirikan bangunan ditempat-tempat yang tinggi dan penggunaannya sia-sia. Gambaran ini membuktikan bahawa mereka penyembahan berhala dan dianggap telah meyakini ajaran Sabaeism atau Dewa-dewa Bintang. Kemajuan material bersekutu dengan kebejatan moral yang besar dan ritual cabul. Bangsa Adites pertama telah punah akibat banjir besar dan diteruskan oleh bangsa Adite kedua. Mungkin mereka telah lolos dari banjir besar Nuh, di mana pusat kuasa selanjutnya berada di Sheba dan berlangsung selama seribu tahun. Adites digambarkan pada tugu Mesir sebagai bangsa merah, kuil besar mereka adalah piramid Mesir. Bangunan mereka mempunyai serambi bertiang dengan ruang berselubung berhiaskan emas atau perak. Pada perhiasan dan rangka pintu diletakkan pinggan emas dengan batu mulia.

 

Kisah Raja Namrud


Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran "a mighty hunter" yang bermaksud "pemburu yang hebat" atau "pemburu yang perkasa", kerana kebijakannya dalam berburu. Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak". Namanya tercatat dalamTaurat, Injil dan kisah-kisah Islam.

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s

Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik, semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenith dimana ia menerangi seluruh alam semesta. Selepas terbangun Raja Namrudpun memanggil penasihatnya dan menceritakan mimpinya tersebut. Penasihat itu memberitahu beliau bahawa terdapat beberapa tafsiran bagi mimpinya itu.

Antara tafsirannya ialah:

·         akan lahir seorang insan dalam masa setahun.

·         insan itu akan dilahirkan di Faddam A'ram.

·         insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala.

·         insan itu akan membuktikan kepalsuan Raja Namrud.

·         insan itu akan menyebarkan agama bahawa tuhan yang esa wujud dan darinya akan lahir zuriat-zuriat para nabi dan aulia.

·         Nabi terakhir dari zuriat ini akan membawa agama yang ibarat bintang di zenith iaitu menyinari seluruh alam semesta.

·         akibat insan ini Raja Namrud akan mati secara dasyhat

Menurut cerita yang lain, Namrud bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu menghancurkannya.

Sebaik mendengar berita ini beliaupun menjadi gelisah. Beliau sedar bahawa insan ini akan membawa kepada kejatuhannya. Dengan serta merta Raja Namrud menghantar bala tenteranya ke Faddam A'ram. Penduduk lelakinya telah dipisahkan dari isteri-isteri mereka. Wanita-wanita yang mengandung telah dibunuh. Raja Namrudpun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang melahirkan anak akan dibunuh bersama anaknya sekali. Selepas satu tahun beliau mendapat petanda bahawa insan itu akan dilahirkan. Beliau mengesyaki Azaar iaitu orang yang paling dipercayainya kerana Azaar pernah dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut. Walaupun begitu Azaar menafikannya dan isterinya pula tidak menunjukkan tanda-tanda hamil. Namun, beliau tidak mempercayainya dan menugaskan seorang tentera untuk menjaga isteri Azaar. Setahun telah berlalu dan tentera Namrud telah dikeluarkan dari bandar Faddam A'ram.

Raja Namrud menjadi lega kerana menyangkakan bahawa beliau telah menggagalkan kelahiran insan yang akan menentangnya itu. Walaupun begitu insan itu telah dilahirkan disebuah gua berhampiran Faddam A'ram. Semasa insan itu iaitu Nabi Ibrahim a.s. mencapai dewasa beliau telah menghancurkan beberapa batu berhala. Ini telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata yang menangkap serta membawanya kepada muka pengadilan iaitu dihadapan Raja Namrud.

Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merusakkan tuhan-tuhan kami?"

 Dengan tenang dan selamba, Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." 

Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" 

Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebatilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang.

 Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."

Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya itu, barulah Raja Namrud sedar bahawa jejaka dihadapannya ialah insan dalam mimpinya itu. Budak ini bijak berpidato dan mempunyai logik yang lebih tinggi daripada beliau dan mampu mengugat kepercayaan rakyatnya terhadap penyembahan berhala. Selain itu, budak ini sangat yakin dengan wujudnya tuhan yang esa dan tidak percaya dengan berhala. Bahkan budak ini langsung tidak gentar dengan Raja Namrud dan berani membantahnya. Raja Namrudpun tahu bahawa beliau mesti membunuh Nabi Ibrahim dengan serta merta.

Lalu beliaupun membuat keputusan untuk membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Maka berserulah Raja Namrud kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."

Nabi Ibrahimpun dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala. Tetapi dengan ajaibnya beliau terselamat. Hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api. Orangramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mengaku di hadapan orangramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah menaikkan kemarahan beliau yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya itu.

Puteri itupun meluru kearah api yang besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri Raziapun turut terselamat dari terbakar dan dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah syahadah. Tindakan derhaka puterinya menjadikan hati Raja Namrud semakin membara. Sebaik sahaja puteri Razia keluar dari api tersebut beliau serta tenteranya telah mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta adik tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak saudaranya Nabi Luth a.s. untuk melarikan diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari Puteri Razia tetapi puteri itu telah hilang. Selepas sekian lama, merekapun pulang dan mendapati bahawa Nabi Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini, Raja Namrud kian gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan kekuasaannya. Oleh itu, beliau berazam pula untuk membunuh Tuhan nabi Ibrahim.

Raja Namrudpun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk keotaknya. Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu.

 Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.

How to draw 1:[DjDashie]-Under Our Spell (Speedpaint)


Saturday, 20 June 2015

Harapan Ramadhan Raihan feat Man Bai YouTube


Frozen Let It Go - Japanese Lyrics Singalong + translation and original ...


GAMBAR - GAMBAR PAHLAWANKU

 
TOK JANGGUT
***********************************************************************
 
 
************************************************************************
 
 
DATO' SIAMANG GAGAP
**************************************************************************
 
 
RENTAP
**************************************************************************
 
 
DATO' BAHAMAN
**************************************************************************
 
 
 
DOL SAID
**************************************************************************
 
 
****************************************************************************
 
 
DAATO' MAHARAJA LELA
 
*****************************************************************************
 
 
RAJA MAHADI
 
********************************************************************************
 
 
MAT SALLEH
 
*******************************************************************************
 
*******************************************************************************
 
 
*********************************************************************************
 
 
MAT KILAU
 
*******************************************************************************
 
 
BURHANUDDIN AL - HELMI
 
*******************************************************************************
 
 
ROSLI DHOBY
 
*******************************************************************************
 
  
 
*********************************************************************************
 
 
SULTAN ABDULLAH
 
**********************************************************************************
 
 
 
 
 
TUNKU KUDIN
 
**********************************************************************************